Ikan, Makanan Laut

Resepi Jejari Ikan Rangup

resepi-jejari-ikan-rangup

Resepi Jejari Ikan Rangup

Bahan-Bahan:

200 gm hirisan ikan
2 biji telur ayam – dipukul
100 gm serbuk roti
200 gm tepung jagung
Sedikit lada sulah dan garam
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:

1. Potong isi ikan empat segi panjang. Gaulkan hirisan ikan dengan garam dan lada sulah.

2. Gaul rata. Ambil 1 bahagian hirisan tadi dan golek-golekkan di atas tepung jagung.

3. Setelah itu celupkan ke dalam telur. Akhir sekali golek-golekkan di atas serbuk roti.

4. Goreng isi ikan dalam minyak panas sehingga kekuningan. Hidangkan.