Ayam

Resepi Salad Ayam Berempah

resepi-salad-ayam-berempah

Resepi Salad Ayam Berempah

Bahan-Bahan:

3 ketul bahagian isi ayam dipotong dadu
1 sudu besar rempah kari ayam
sedikit herba rosemary
daun salad segar – basuh dan tos
Buahan – anggur hitam, epal atau buahan lain
1 biji limau nipis – ambil air perahannya garam secukupnya
minyak untuk menggoreng
3 sudu besar mayonis
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam masala
daun ketumbar untuk hiasan

Cara Membuat:

1. Ayam yang telah dibersihkan diletakkan dalam mangkuk dan ditaburkan sedikit rempah kari dan secubit garam serta herba rosemary.

2. Gaulkan ayam hingga sebati dan balutkan mangkuk tadi dengan plastik wrap lalu sejukkan dalam peti sejuk.

3. Sementara itu, potong buah anggur, epal secara menipis dan masukkan dalam mangkuk.Taburkan sedikit garam serta perahan air limau nipis.

4. Balutkan juga dengan mangkuk tadi dengan plastik wrap dan masukkan dalam peti sejuk.

5. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak. Keluarkan ayam yang telah disejukkan tadi. Masukkan dalam kuali, goreng hingga ayam keperangan. Angkat dan toskan.

6. Sementara itu, buat sos salad. Masukkan mayonis, serbuk lada hitam serta sedikit serbuk kunyit dalam mangkuk, kacau hingga sebati.

7. Sediakan daun salad dalam pinggan besar, masukkan ayam beserta sedikit garam masala dan tuangkan sos salad ke atasnya.

8. Hiaskan dengan daun ketumbar. Siap untuk dihidangkan.

Resepi-Salad-Ayam-Berempah