Resepi ni resepi ibu saya, acar ni sedap dimakan bersama nasi minyak dan ayam masak merah.
Resepi Acar Rampai FY
Bahan-Bahan:
Bahan A –
2 biji timun (dibuang biji dan dipotong panjang anggaran 2 inci)
1 biji karot (potong macam timun tadi)
2 biji bawang besar dihiris
2 biji cili besar merah dibuang biji dan dihiris halus
7 biji bawang putih dihiris
Timun dan karot direndam bersama air kapur selama 15 minit
Bahan B – (Blend semua bahan di bawah)
3 biji bwg besar
2cm halia
2 sudu besar udang kering
Bahan C –
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari
3 sudu gula pasir
1 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka
1 sudu besar biji sawi disagan dalam kuali tanpa minyak
minyak untuk menumis
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan B bersama cili kisar dan rempah kari sampai garing.
2. Kemudian, masukkan gula, garam dan cuka masukkan bawang merah, bawang putih, timun, karot, cili merah dan biji sawi. Kacau sebati. Dah siap!
Resepi Oleh: Fauziah Yahya