Sambal & Pencicah

Resepi Acar Buah Johor, Rasa Pedas Berempah

resepi-acar-buah-johor-rasa-pedas-berempah

Resepi Acar Buah Johor, Rasa Pedas Berempah

Acar buah Johor. Terlanjur sekarang musim buah limau Kumquat, saya buat jeruk. Lepas tu tengok stok buah kering dalam stor dan ada sedikit lebihan ceri dari buat kuih raya. Alhamdulillah, jadi lah saya buat Acar Buah Johor buat stok. Bagi sayalah, acar buah Johor ni, selain dari dihidang dengan nasi beriyani, makan dengan nasi panas dan telur goreng pun sedap. Sebab rasa dia pedas, berempah. Tutup mata sambil rasa, macam nampak Bukit Serene pula.

Jeruk buah kumquat dicampur dengan buah kering seperti prunes, cranberries, sour cherries, kismis.

Bahan-Bahan:

Air Cuka –

  • 15 biji bawang kecil (kalau besar belah 2)
  • 15 ulas bawang putih
  • 15 cili api (tak buang batang)
  • 6 inci halia (potong mancis)
  • 2.5 cawan gula pasir
  • 500 ml cuka

+ Panaskan cuka dan gula hingga gula larut. Masukkan bahan lain. Didihkan sebentar. Matikan api. Ketepikan.

Bahan Blend –

  • 35 batang cili kering
  • 1 biji Bawang Holland
  • 10 biji bawang kecil
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1.5 sudu besar jintan putih
  • 1.5 sudu besar jintan manis

Bahan Rempah –

  • 3 batang kayu manis
  • 6 keping bunga lawang
  • 10 bunga pelaga
  • 3 sudu besar serbuk kari Ikan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
Resepi Acar Buah Johor, Rasa Pedas Berempah

Cara Buat:

1. Tumis rempah bulat dan bahan blend dengan 3 cawan minyak (Ya minyak banyak supaya rempah betul-betul cantik dan garing). Tumis api sederhana hingga betul-betul garing (dalam 30-40 minit).

2. Masukkan rempah kari dan serbuk kunyit. Tumis lagi selama 10 minit hingga naik bau. Masukkan campuran air cuka dan bawang-bawang dalamnya. Kacau elok. Masukkan buah-buah kering. Perasakan dengan garam.

3. Kacau guna api perlahan hingga pekat (sekurangnya sejam). Bila dah siap, sejukkan dan botolkan.

Resepi Acar Buah Johor, Rasa Pedas Berempah

Resepi Oleh: Ida Alina Salleh