Rasa Lemak Pedas Daging Sambal Kari Merah Thai
Daging sambal kari merah Thai ini memiliki citarasa yang unik, gabungan dari rasa kari merah yang berempah dan rasa lemak pedas dari sambal dan santan kelapa S&P. Hidangan ini sedap dimakan bersama nasi atau ketupat.
Bahan-Bahan:
- 500 grm daging lembu dipotong-potong kecil
- Pes kari merah Thai
- 1/2 cawan santan kelapa S&P
- 5 bj cili merah
- 5 bj cili padi merah
- 1 ulas bawang putih
- 2 sdb puri tomato
- 1 sdb kicap manis
- 1/2 cawan air rebusan daging
- 1 bj kentang dipotong-potong dan direbus
- Minyak untuk menumis
- Garam dan penyedap rasa secukupnya
- Hirisan daun bawang untuk taburan
Bahan Pes Kari Merah Thai:
- 5 ulas bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci lengkuas
- 1 btg serai (bahagian putih)
- 1 akar pokok ketumbar
- 4 helai daun limau purut (buang bahagian tengah)
- 1 sdk biji lada putih
- 1 sdk belacan
- 1 sdk serbuk ketumbar
- 1 sdk serbuk jintan manis
- 1/4 cawan cili kisar
Kisar semua bahan-bahan di atas hingga sebati.
Cara Penyediaan:
1. Rebus daging hingga lembut. Ambil 1/2 cawan air rebusannya. Kisar cili merah, cili padi dan bawang putih kemudian tumis hingga wangi.
2. Masukkan pes kari merah Thai. Tumis hingga masak dan pecah minyak. Masukkan puri tomato dan kicap manis. Kacau rata.
3. Masukkan air rebusan daging dan santan kelapa S&P. Biar mendidih sekejap kemudian masukkan daging. Masak hingga kuah menyusut.
4. Tambahkan garam dan penyedap rasa. Masukkan kentang rebus dan kacau rata. Angkat dan taburkan hirisan daun bawang sebelum dihidang.
Ramai Yang Dah Cuba Daging Dendeng Ni, Memang Sedap! >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Eka Zahra


