Roti

Mexican Buns Satu Rumah Harum Bau Roti

mexican-buns-satu-rumah-harum-bau-roti

Mexican Buns Satu Rumah Harum Bau Roti

Mexican Buns dengan method Tangzhong (water roux) sebab saya tak suka guna bread improver atau dough softener. Biasanya guna water roux ni, roti kekal lembut berhari-hari secara semulajadi. Satu rumah harum bau roti, butter dan kopi. Alhamdulillah.

Resepi (dapat 15-16 keping besar). Saya buat lebih untuk berkongsi. Tapi kalau keluarga kecil, buatlah separuh saja dari adunan tu.

1. Buat Doh Roti;

Mula-mula buat Tangzhong –

  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 10 sudu besar susu segar atau UHT, jenis dalam kotak, tanpa gula/perasa

Masak sama-sama atas dapur gas hingga adunan memekat dan seakan custard pekat. Angkat dari api. Sejukkan.

2. Campurkan –

  • 760 gm tepung roti
  • 100 gm telur
  • 12 gm garam
  • Kesemua Tangzhong yang dah disejukkan tadi.

3. Dalam mangkuk lain;

  • 380 gm susu
  • 80 gm gula
  • 1 paket yis instant (macam Mauri Pan)

Biarkan berbuih dalam 10 minit.

4. Masukkan dalam adunan tepung. Uli hingga lembut (boleh guna food professor, atau mixer. Kalau ada BM cubalah cari resepi BM. Saya tak pernah guna BM jadi tak tahu).

5. Bila adunan dah cantik, lembut dan gebu, masukkan 80gm butter yang dah dilembutkan. Uli. Doh ni memang amat lembut dan agak melekit. Masukkan dalam mangkuk, dan biarkan kembang 2 kali ganda (dalam sejam).

6. Sementara doh kembang, potong-potong butter sejuk dalam kiub 2.5 cm. Masukkan dalam freezer biar beku.

7. Buat topping;

  • 200 gm butter (diputar dengan)
  • 180 gm gula hingga kembang
Cuba Resepi Ni:  Resepi Roti Pisang

Masukkan 3 biji telur saiz kecil pukul lagi. Masukkan vanila 2 sudu kecil Masukkan campuran 2 sudu besar kopi instant (saya guna decaffeinated Coffee) dengan 4 sudi besar air panas. Masukkan 200 gm tepung gandum. Kacau sebati. Ketepikan.

8. Bila doh dah naik. Tumbuk dan buangkan angin. Potong doh ikut berat 100gm (saya dapat 15 biji). Tepikan sedikit lebihan doh. Bulat-bulatkan doh tu, dan tutup dengan plastik beberapa minit.

9. Bahagikan doh lebihan tadi pada 15 bahagian kecil. Leperkan tiap satu dan bungkuskan ketulan butter yang dah dibekukan tadi, satu per satu. Bila dah siap, masukkan inti butter itu dalam doh yang 100 gm tadi macam inti pau. Bulatkan balik dan buat hingga semua doh dah berinti.

10. Biarkan doh naik sekali ganda balik (dalam sejam). Pipekan topping tadi atas tiap doh. Bakar pada suhu 180 darjah C, selama 20-22 minit.

Mexican Buns Satu Rumah Harum Bau Roti

Resepi Oleh: Ummu Ashraf