Ayam, Mee

Resepi Mee Kari Ayam Istimewa

resepi-mee-kari-ayam-istimewa

Resepi Mee Kari Ayam Istimewa

Bahan-Bahan:

500 gram ayam, potong kecil
1 kg kerang, rebus dan ambil isi
300 gram udang, buang kulit
1 kg mee kuning
2 cawan air rebusan dari kulit udang yg dibuang
10-15 biji bebola ikan (fish ball)
3 keping kek ikan (fish cake)
2 keping asam gelugor
1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah, rebus dan lecek halus
4 sudu besar rempah kari ayam, bancuh menjadi pes pekat
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair

Bahan Kisar –

4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering- rebus dan toskan
6 biji bawang merah
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 sudu besar udang kering – rendam hingga lembut
1 batang serai – hiris nipis

Bahan Rempah Tumis –

5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
2 tangkal daun kari
1 batang kayu manis

Bahan Untuk Hiasan –

4 biji telur – potong 2 bahagian
4 biji tauhu digoreng dan dihiris
daun bawang
cili merah
bawang goreng
liamu kasturi – potong 2 bahagian
taugeh
2 tangkai sawi – potong dan rebus
rebusan udang (tidak wajib)

Cara Memasak:

1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.

2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.

3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.

4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (ataupun keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.

5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Hidangkankan mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.