Kek Lapis Idola Antara Kek Lapis Sarawak Tersedap

Kek Lapis Idola Antara Kek Lapis Sarawak Tersedap

Share sini. Kot-kot ada yang nak buat. Dalam banyak-banyak kek lapis Sarawak, ni antara yang tersedap.

Bahan-Bahan:

  • 500g butter
  • 10 biji telur gred AA
  • 140g gula kastor
  • 380g susu pekat manis
  • 200g Horlicks
  • 80g serikaya
  • 50g serbuk santan
  • 340g tepung Hong Kong
  • 500g Beryl’s milk cooking chocolate (cairkan dengan kaedah double boil)
  • 100g milo
  • 1 sudu besar ovalet
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 3 sudu besar browning sugar
  • Pewarna kuning lemon

Cara Membuat:

1. Mix butter, gula, esen vanila dan ovalet hingga kembang, gebu, putih. Masukkan telur satu persatu sambil mix hingga sebati. Pastikan dah sebati dulu telur tu baru masukkan telur lagi. One by one ya.

2. Masukkan susu pekat manis dan serikaya. Mix sebati. Masukkan serbuk santan dan Horlicks. Mix sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil mix hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian;

  • Bahagian 1: 1080g (Dicampur pewarna kuning)
  • Bahagian 2: Baki adunan dicampur coklat yang telah dicairkan, milo dan browning sugar. Mix sebati.

Cara Bakar:

1. Lapik loyang dengan baking paper. Bahagian tepi loyang tak perlu sapu apa-apa. Lapisan pertama bakar pada suhu 170c, selama 10 minit, api atas bawah, rak tengah.

2. Untuk lapisan kedua dan seterusnya bakar pada suhu 160c, selama 8 minit, api atas saja, rak bawah sekali.

Cara Melapis: 3 lapisan kuning ▶️ 10 lapisan coklat ▶️ 3 lapisan kuning. Anggaran 180g untuk setiap lapisan.

Nota:

  1. Sisip tepi loyang lepas kek masak dan keluarkan kek dari loyang.
  2. Biar sejuk di luar lepastu masukkan dalam peti sejuk dalam 2/3 jam.
  3. Jangan terus potong sebab bahagian coklat masih moist. Sebabtu kena simpan dalam peti sejuk dulu. Baru potongan kemas.
  4. Saya pakai dark chocolate. Tak nak manis sangat.

Nak Rasa Kek Lapis Sedap Macam Ni? >> KLIK DI SINI

Kek Lapis Idola Antara Kek Lapis Sarawak Tersedap

Resepi Oleh: Khairunnisa Mohammad