Puding

Resepi Puding Karamel Biskut

resepi-puding-karamel-biskut

Husband saya suka sangat makan puding karamel. Nak beli hari-hari dekat bazar alamak dik sepotong RM1. Abang kita sorang makan dah 2 potong. Tak lalu lah nak membelinya hari-hari, jadi harini kita godek-godek kat dapur ada biskut hup seng sikit. Selalunya saya bubuh roti sebab tak bubuh telur banyak (Puding roti lah tu kan sebab bubuh roti? Haha bantai lah).

Nak Share Resepi Puding Karamel Biskut Cara Saya:

Bahan-Bahan:

Susu sejat 1 tin
Susu pekat manis setengah tin
Telur 5 biji
Biskut hup seng 12 keping (kalau nak lembut sikit boleh kurangkan biskut)
Esen vanilla sikit
Gula 3 sudu

Cara-Cara:

1. Cairkan gula dalam kuali. Tunggu sampai caramelized lepas tu bubuh air 2 sudu. Kacau sampai gula hancur. Masukkan dalam acuan lepastu letak tepi.

2. Masukkan kesemua bahan nombor 1 hingga 5 dalam blender dan blend sampai halus.

3. Panaskan pengukus.

4. Check gula dalam acuan tadi dah keras ke belum. (Agak-agak je)dan masukkan bahan yang dah blend tadi.

5. Kukus selama 45 minit.

6. Boleh check dengan lidi nak tau masak ke tak. Kalau bersih je lidi tu sedang elok lah masak.

7. Sedap makan sejuk-sejuk masa baru keluar dari peti ais.

Part paling mencabar ialah nak keluarkan puding daripada acuan. Keluarkan masa masih panas tau. Takut sejuk kang gula tadi melekat dekat acuan.

Resepi Oleh: Rin Ismail