Okay, so siapa siapa nak berjimat cermat sempena bulan puasa ni nak buka dekat rumah lauk western sikit ala-ala MFM boleh lah try buat resepi ni ya. Senang je. Selamat mencuba.

Resepi Fish & Chips With Garlic Butter Rice ala Manhattan Fish Market

Bahan-Bahan Tartar Sauce:

Pickles (Guna 1/2 pickles dah cukup. Boleh refer gambar)
Yellow Mustard (2 sudu mustard warna kuning tu yang macam cheese)
1 Bawang Holland
1 Biji Lemon Juice
Mayonnaise (dalam satu mangkuk)
Black Pepper (secubit dua lada hitam kasar)
Garam (hujung camca)

*Blend semua bahan ni. Then simpan dalam peti sejuk

*Fries (saya tak goreng. Guna Air Fryer dengan suhu 180° 20 minit tanpa defrost supaya lebih sihat)

Garlic Butter Rice ala MFM:

1 labu bawang putih
1 labu bawang merah
(blend dua bahan ni)
1 tin susu cair
setengah buku Unsalted Butter (saya guna SCS Pure Butter)
Garam secukup rasa
Sayur Brocolli & Carrot (potong ikut suka anda)

*Untuk masak nasi ni saya guna Pressure Cooker Russel Brand Taylors. 12 minit je dah siap.

1. Panaskan rice cooker. Masukkan butter dan bahan yang telah di blend tadi.
2. Masukkan nasi dan air yang telah disukat bersama nasi.
3. Masukkan susu cair dan garam. Gaul rata. Biarkan 10 minit.
4. Masukkan sayur ke atas nasi yang separuh masak. Tutup periuk nasi dan tunghu sehingga carrot & brocolli masak. Kemudian siap untuk dihidang.

Fillet Ikan:

Fillet Ikan Dory (boleh beli di Tesco atau mana mana bahagian sejuk beku)
Breadcrumb (saya beli dekat kedai bakery je lagi murah)
Tepung Beras
Telur (saya guna 4 biji telur Grade C untuk 3 fillet ikan)
Garam (secubit)

1. Defrost fillet ikan. Bila ikan dah fully defrost, tekap ikan dengan tisu (saya buat 3 kali) untuk makesure ikan kering dan senang untuk salut dengan telur untuk next step.
2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul bersama garam.
3. Ambil fillet ikan yang dah garing, celupkan dalam telur kedua-dua belah bahagian.
4. Celupkan pula fillet ikan tadi ke dalam breadcrumb. Kemudian celupkan semula ke dalam telur dan breadcrumb (memang bersepah sikit kerja ni tapi confirm sedap?)
5. Sebelum masukkan ke dalam kuali berminyak panas untuk digorengkan. Masukkan fillet ikan tadi ke dalam tepung beras. Cukup sekadar salutan nipis dan kemudian goreng sehingga warna keemasan.
6. Toskan dan hidang.

*Tepung beras untuk kurangkan rasa minyak yang akan diserap oleh fillet ikan (so hidangan lebih berkhasiat kononnya haha)

*P/s : Sebenarnya nak buat Fish&Chips je buka tadi sebab husband request tu. Tapi sebab I need rice for my every meal. So terjadilah Garlic Butter Rice ala-ala MFM.

Resepi Oleh: Khalidah Abdul Hadi

Comments are closed.