Cara Buat Tart Brownies
Bahan Crust/Kulit Tart:
3 sudu besar gula halus
1 biji telur (A)
300g tepung gandum
2 sudu besar tepung gandum }ayak
2 sudu besar susu tepung. }ayak
1/2 sudu teh garam
Cara Buat:
1. Pukul telur, mentega dan gula hingga sebati dengan menggunakan whisk. Masukkan campuran tepung yang telah diayak.
2. Kemudian masukkan garam. Gaul hingga sebati. Kemudian boleh la diuli dengan tangan hingga menjadi doh yang lembut.
3. Masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit (aznie terus terap je). Bole la dibentuk dalam acuan tart. Cucuk permukaan dalam dengan garfu.
Bahan Brownies
140g tepung gandum } ayak
25g serbuk koko } ayak
220g gula halus
2 biji telur (A)
115ml minyak masak
115g dark chocolate (cairkan dulu double boil)
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam
Cara Buat:
1. Pukul gula, telur dan esen vanila hingga sebati. Jangan pukul hingga kembang, pukul hingga gula agak-agak hancur. Pukul perlahan, manja-manja gitu.
2. Masukkan coklat yang telah dicairkan tadi (panas), gaul hingga sebati. Masukkan minyak masak, gaul lagi hingga rata.
3. Kemudian, masukkan pula campuran tepung dan serbuk koko yang telah diayak, gaul sebati. Last, masukkan garam dan gaul lagi hingga sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam kulit tart tadi, bubuh penuh ye. Taburkan permukaan atas dengan badam. Kemudian, boleh la dibakar selama 20 minit atau hingga masak pada suhu 170c.
Resepi Oleh: Aznie Khasri