
Cara Buat Kuih Bom
Bahan-Bahan:
800 gm tepung pulut
Air
100 gm bijan
Bahan Inti –
100 gm gula merah
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan air
Gula pasir secukup rasa
1. Untuk membuat intinya, satukan gula merah dan gula pasir dengan air. Kacau rata.
2. Kemudian didihkan adunan sebelum dimasukkan kelapa parut ke dalamnya. Masak sehingga adunan kering dan ketepikan.
3. Setelah itu, buat pula adunan kuihnya dengan membancuh tepung pulut bersama dengan air. Jangan sampai lembik dan pastikan ianya boleh diuli dan dibulat-bulatkan.
4. Masukkan inti di dalamnya dan golekkan pula bijan sebelum digoreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.