Ikan, Petua

Cara Buat Ikan Pekasam

cara-buat-ikan-pekasam

Cara Buat Ikan Pekasam

Bahan-Bahan:

  • Ikan – Biasanya orang buat ikan pekasam menggunakan ikan air tawar. Tapi tak ada masalah kalau hendak guna ikan laut seperti ikan gelama. Ikan itu mestilah dibersihkan dengan sebersih bersihnya. Perut ikan mesti dicuci sampai bersih. Ini untuk mengelakkan ikan mudah di hurungi lalat selain menjaga kebersihan makanan kita.
  • Garam – Sekilo ikan seratus gram garam.
  • Beras – Disanga terlebih dahulu (goreng tanpa guna minyak). Siap disanga, tumbuk sampai sederhana lumat.
  • Asam keping – Ada juga orang yang tidak letak asam jawa atau asam keping. Sebabnya, beras yang kita letak pada ikan itu sebenarnya pun sudah memasamkan ikan melalui cara penapaian. Terpulang pada anda.

Cara Membuat:

1. Setelah ikan siap dibersihkan, masukkan garam anggaran 1 kilo ikan seratus gm garam. Masuk dalam bekas. tutup bekas tu. Simpan dalam peti ais semalaman,

2. Kemudian ambil beras yang sudah disanga dan ditumbuk itu lalu gaulkan dengan ikan yang sudah disimpan tadi. Lagi banyak beras lagi nampak menarik. Sebabnya, nanti bila digoreng, beras inilah yang akan menjadi serbuk pekasam itu. Tinggalkan sedikit beras untuk tuang di atas ikan yang telah siap disusun nanti.

3. Cari bekas yang bertutup sangat rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas, setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping.

4. Masukkan air garam yang telah dimasak di atas api sederhana. Selepas sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tadi sehingga kesemua ikan tadi terendam.

5. Tuang beras lebihan yang telah ditumbuk tadi ke dalam bekas ikan.

6. Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. Letak plastik kat bawah penutup tu supaya betul betul ketat. Ikan pekasam boleh dimasak selepas 2-3 minggu.