Cara Buat Acar Buah Versi Tak Pedas

Cara Buat Acar Buah Versi Tak Pedas

Acar buah menjadi pilihan ramai keluarga untuk dinikmati dengan nasi beriani, nasi tomato dan lain-lain lagi. Ada juga di jadikan sebagai lauk sampingan. Tak lama lagi bulan ramadhan akan tiba. Sebelum bulan puasa bermula, CikMa buat acar buah sebagai simpanan stok dulu. Yang ini versi tak pedas sebab tak pakai cili padi. Bau rempah wangi. Jom kita lihat bahan-bahan untuk Acar Buah Versi Tak Pedas.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg buah jeruk campuran (Ceri merah + hijau, buah kana, limau, asam limau – potong jika saiz besar)
  • 2 cawan halwa kundur
  • 1 cawan kismis
  • 2 cawan kurma
  • 1 cawan jeruk mangga
  • 1 cawan jeruk peach
  • 1 cawan bawang merah kecil
  • 3 camb bijan – sangai
  • 1 camb garam
  • 2 ketul gula kabung@gula melaka
  • 1 senduk gula perang
  • 1 1/2 cawan cuka
  • 1 cawan air – pilihan
  • Sos Cili Pencicah

Bahan Kisar:

  • 3 genggam cili kering gemuk – rebus dan kisar
  • 2 labu bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 cawan minyak masak

Bahan Rempah:

  • 2 camb rempah kari
  • 4 camb rempah campuran (jintan kasar, jintan halus, ketumbar – sangai dan kisar)

Rempah Istimewa:

  • Jintan kasar
  • Jintan halus
  • Ketumbar
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Kayu manis

Basuh dan sangai semuanya. Kemudian kisar halus dan tapis.

Cara Memasak.

1. Rebus buah-buah yang keras seperti ceri dalam pressure cooker selama 30 minit. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan semua rempah-rempah dan tumis dengan api kecil selama 10 minit hingga naik bau.

2. Masukkan jeruk campuran, cuka, gula melaka, gula perang, garam. Gaul rata. Kacau sebati hingga sedikit kering tetapi biarkan ada berkuah sedikit. Selepas beberapa jam kuah menjadi pekat. Tabur bijan di atasnya. Dah siap.

3. Simpan dalam bekas kaca untuk tahan lama. Acar buah semakin sedap untuk beberapa hari. Selamat mencuba gais.

Ramai Yang Dah Cuba Acar Buah Utara Ni, Memang Padu Rasanya >> KLIK DI SINI

Cara Buat Acar Buah Versi Tak Pedas

Resipi Oleh: Zainor Shima Ihsan