Resipi Puding Milo Oreo Senang Nak Buat
Ada biskut oreo macam lama tak terusik, makanya mama kasi habis lah buat dessert berbuka. Mama Ina buat pakai resipi ni. Kalau korang nak try, boleh la cuba. Senang jer nak buat.
Bahan-Bahan:
- 1 Paket agar-agar serbuk 10g
- 4 cawan air
- 1 cawan gula (mama ina guna 1/2 cawan jer tak nak manis sangat)
- 1 tin susu cair
- 3/4 cawan Milo
- Sedikit serbuk coklat
- Oreo bergantung nak banyak mana (patahkan sekali dengan cream)
Cara Membuat:
1. Masak agar-agar hingga larut, kemudian masukkan gula dan kacau sampai semua sebati. Tambahkan susu cair dan kacau hingga mendidih. Asingkan 2 cawan adunan ke dalam periuk lain dan campurkan dengan milo dan sedikit serbuk coklat, kacau sebati.
2. Ambil 1 cawan adunan agar-agar milo dan tuangkan ke dalam acuan. Baki adunan milo lagi separuh tadi tu panaskan atas api kecil sebab taknak bagi dia cepat keras. Tunggu sehingga adunan milo dalam loyang keras sedikit (tapi masih suam), cucuk adunan milo dengan garfu/lidi supaya adunan seterusnya melekat.
3. Tuangkan semua adunan putih (susu) di atas lapisan puding milo. Kemudian susun oreo yang telah dipatahkan. Biarkan lapisan putih mengeras sedikit. Lakukan proses yang sama toreh permukaan dengan garfu. Akhir sekali tuangkan baki lapisan milo. Biarkan sejuk sedikit, kemudian sejukkan di dalam peti ais.
Done! boleh potong dan hidangkan. Makan sejuk-sejuk layann uii.
Boleh Guna Acuan Macam Ni, Baru Puding Nampak Cantik >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Nur Hazlina Othman


