Ayam Masak Kicap Kentang Tomato Kuah Pekat Lebih Sedap
Menu hari ni ayam masak kicap bukan semata-mata kicap kita masuk, jangan pandang sebelah mata. Senang tak payah masak lauk lain satu ni dah cukup kita masuk kentang dan tomato terus dalam ni. Mudah yang penting sedap semua suka. Jom tengok resepi kalau ingin mencuba.
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ayam – Buang kulit, potong ikut suka. Gaul garam, kunyit, dan halia tumbuk. Goreng dan toskan.
Bahan Untuk Menumis:
- 1 btg kulit kayu manis
- 2 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 kuntum bunga cengkih
- 3 labu bawang merah besar*
- 4 ulas bawang putih*
- 1 cm halia*
3 bahan bertanda (*) di atas dikisar.
- 2 sudu makan cili blend
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 2 tangkai daun kari kalau suka, saya tak masuk tadi tak ada.
- 1 biji bawang holland potong bulat. Tapi tak masuk sebab ganti dengan kentang dan tomato.
- 2 biji cili merah
- 2 biji cili hijau
- Kicap, sos tiram, sos cili, dan secukup rasa
Cara Memasak:
1. Kuali yang lebih goreng ayam tadi, simpan sedikit minyak kalau banyak. Panaskan minyak, tumis 4 sekawan tadi dan bahan dikisar dan cili blend.
2. Kacau hingga naik bau garing dan pecah minyak baru masukkan serbuk jintan putih dan jintan manis. Masukkan sedikit air kalau ingin berkuah. Kemudian, masukkan kentang, garam, gula, serbuk perasa, kicap, sos tiram dan sos cili.
4. Bila dah mendidih dan secukup rasa, masukkan ayam, bawang besar holland, cili besar dan daun kari. Kalau nak gelap, masukkan kicap lebih sikit. Saya tak suka gelap-gelap sangat. Saya masukkan tomato dan kentang tadi sebab malas nak masak sayur lain.
5. Kacau rata dan biarkan mendidih sekejap. Boleh tutup api dan boleh dimakan dengan nasi, pulut, roti dan apa-apa saja yang kita suka. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Nak Lagi Sedap, Boleh Makan Dengan Sambal Hijau Minang Ni. Mesti Makan Bertambah! >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Azizah Daud