Kuih Muih

Talam Keledek Unggu Guna Acuan Lompang

talam-keledek-unggu-guna-acuan-lompang

Talam Keledek Unggu Guna Acuan Lompang

Walaupun baru pertama kali mencuba, Alhamdulillah… menjadi.

Bahan Lapisan Bawah:

  • 1 cawan keledek Ungu dipotong dadu (rebus & toskan)
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 peket santan serbuk Serbuk – Bahagi 2 untuk lapisan atas dan bawah
  • 1 cawan air
  • 1/2 gula halus
  • 1/2 sk garam
  • Daun pandan

Cara Membuat:

1. Masukan semua bahan dalam blender dan kisar halus kemudian masak bersama daun pandan hingga naik wap,

2. Masukan dalam piping bag dan letakan separuh pada acuan. Kukus separuh masak selama 5 ke 10 minit.

Bahan Lapisan Atas:

  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 cawan gula halus
  • Separuh santan peket serbuk
  • 1 cawan air
  • sedikit garam
  • Daun pandan

Cara Membuat:

1. Masukkan semua bahan, kecuali pandan ke dalam lender dan kisar halus. Kemudian masak bersama daun pandan hingga naik wap.

2. Setelah itu, masukkan dalam piping bag dan picitkan dalam acuan keledek purple yang telah dikukus tadi. Kukus semula hingga masak..

Cuba Resepi Ni:  Resepi Talam Lapis Kacang Merah

Nota: Jangan lupa, oleskan acuan dengan minyak supaya mudah kuih dikeluarkan nanti.

Talam Keledek Unggu Guna Acuan Lompang

Resepi Oleh: Suzi Yanti Md Hane