Roti

Resepi Roti Arab Bersama Sambal Ikan Bilis

resepi-roti-arab-bersama-sambal-ikan-bilis

Resepi Roti Arab Bersama Sambal Ikan Bilis

Bahan-Bahan:

Bahan Doh:

500gm tepung gandum
200ml air
1/2 peket yis kering
2 sudu makan susu tepung
3 sudu makan gula pasir
1 biji telur
50ml minyak masak | dipanaskan
Secubit garam

Sambal Ikan Bilis :

500gm ikan bilis |dibuang perutnya dan dikisar
2 biji bawang besar | dikisar
5 ulas bawang putih | dikisar
2sm halia | dikisar
1 sudu makan ketumbar | ditumbuk
300gm cili boh
1 biji bawang besar |dihiris
2 sudu makan gula
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit air

Cara Memasak:

1. Campurkan kesemua bahan doh kecuali minyak masak. Gaul sebati.

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Angkat dan biarkan sejuk sedikit. Kemudian tuangkan ke dalam adunan doh tadi.

3. Uli hingga menjadi adunan yang kental dan tidak melekat di tangan.

2. Perapkan doh selama 2 jam dan tutup rapat. Ketepikan.

3. Setelah 2 jam, ambil doh sebesar bola golf dan uli dengan lembut kemudian dileperkan dengan penggelek.

4. Panaskan minyak dan goreng dengan minyak yang panas. Angkat sebaik ia menggelembung dan kekuningan.

5. Untuk sambalnya, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar dan ketumbar yang ditumbuk sehingga naik baunya.

6. Kemudian masukkan cili boh dan biarkan sehingga naik minyaknya.

7. Masukkan ikan bilis dan bawang besar serta perasakan dengan garam, gula dan juga sedikit air.

8. Kacau rata dan biarkan mendidih.

9. Angkat dan hidangkan bersama roti arab.

Roti Arab
Roti Arab
Sambal Ikan Bilis
Sambal Ikan Bilis