Resipi Donut Gebus Gebas 3 Cawan Tepung

Resipi Donut Gebus Gebas 3 Cawan Tepung

Ok harini sis share resepi rahsia donut kami yang selalu dok buat. Orang selalu minta resepi and tips untuk donut gebu gebas. Ok jom. Esok buat tag sis tau.

Bahan-Bahan:

  • Yis 1 paket
  • Gula 3 sudu
  • Susu pekat 3 sudu
  • Air 1 cawan
  • Buttercup 3 sudu
  • Tepung 3 cawan (ni kalau lembik hampa tambah-tambah je sampai nampak elok)
  • Garam secubit

Cara Membuat:

1. Rendam yis dengan gula dulu sampai kembang. Rendam sejam tau. Then, dah sampai sejam tu boleh sediakan bekas lain dan masukkan tepung, buttercup, susu dan garam secubit.

2. Seterusnya, uli je bagi sebati. Then dah tengok yis dah kembang dan ngam-ngam sejam, boleh la tuang yis tu dalam tepung dan uli dia hingga sebati lagi.

3. Kemudian tu, tutup selama sejam dan biar dia kembang. Bila dah kembang boleh kempiskan dia semula dengan uli ye, then dah boleh ambil acuan dan tekapkan.

4. Tunggu lagi sehingga donut kembang dan kalau kita angkat dia, dia ringan then boleh masuk dalam kuali dah ya. Make sure kuali betul-betul panas. Siap, mudah. Boleh makan petang uols.

Guna Acuan Donut Macam Ni Untuk Bagi Donut Bulat dan Cantik >> KLIK DI SINI

Resipi Donut Gebus Gebas 3 Cawan Tepung

Resipi Oleh: Ernny Zainal Abidin