Resepi Apam Nasi Red Velvet Cantik Menawan
Biasanya kalau buat apam nasi ni selalunya rasa kosong saja kan? Kali ni bagi ada perisa sikit, perisa red velvet. Bukan saja nampak cantik tapi rasanya juga sedap. Jom cuba.
Bahan-Bahan:
- 1 cwn nasi sejuk
- 1 1/2 cwn tpg beras teratai @ 3 gajah (wajib ayak)
- 1/2 cwn tpg gandum faizah (wajib ayak)
- 1 1/2 cwn air suam
- 3/4 cwn gula pasir (manisnya sedang helok)
- 1/4 cwn air masak (air tambahan)
- 2 sk yis mauripan (jangan mumbong sangat yer nanti adunan jadi bau yis)
- 1/2 sb minyak masak
- Elmulco redvelvet
- 2 cwn @ lebih kelapa parut + 1 sb tepung ubi + secubit garam – Gaul semuanya bagi sebati. Kemudian masukkan dalam acuan tekan dan bagi padat supaya nanti melekat pada apam.
Cara Membuatnya:
1. Kisar nasi bersama 1 cawan air dahulu, dah halus sikit baru buh yang 1/2 cawan tu lagi. Bubuh nasi yang dah dikisar halus tadi dalam bekas yang besar. Masukkan tepung + gula + yis dan minyak masak. Gaul sebati, adunan akan jadi pekat. Tambahkan air tambahan 1/4 cawan tadi dan gaul bagi sebati. Perap adunan selama 2 jam..
2. Dah 2 jam, gaul adunan bagi hilangkan gasnya. Bubuh elmulco red velvet. Griskan nipis, sikit jer minyak masak pada acuan supaya tak melekat pada apam bila dah nak keluarkan nanti. Tunggu air kukusan betul-betul panas gelegak baru buh apam dan kukus selama 15 minit. Saya guna kukusan elektrik, penutup tak perlu balut yer.
3. Jika guna kukusan dapur gas balut ketat penutup kukusan dengan api sederhana besar. Bila apam dah masak jangan terus buka penutup, tunggu dalam 1-2 minit baru buka penutup. Kita berkongsi rezeki di dunia ni bersama. Semoga bermanfaat.
Guna Pengukus Macam Ni Baru Apam Masak Dengan Sempurna >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Riesha Liena


