Resipi Bubur Merah Putih Lemak Manis Masin

Resipi Bubur Merah Putih Lemak Manis Masin

Buatkan untuk en.somi yang baru kebas demam, teringin nak makan katanya. Alhamdulillah, suami cakap sedap. Bubur merahnya yang manis digabungkan pulak dengan bubur putihnya yang lemak-lemak masin sikit, memang sedap. Ada resepi yang campur beras pulut sikit, next time boleh try. Ni en.somi suruh guna beras biasa je.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan beras
  • 5 cawan air
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • 2 keping nisang/gula melaka

Cara Membuatnya:

1. Basuh beras, rebus dengan air dan daun pandan hingga kembang seperti buat bubur biasa.

2. Campur santan dan garam. Kacau hingga sebati dan mendidih. Kemudian, kecilkan api dan asingkan 2 cawan atau 1/4 dari bubur, letak di dalam bekas atau periuk lain.

3. Masukkan nisang atau gula melaka ke dalam bubur yang selebihnya. Kacau hingga gula larut. Jika bubur pekat sangat boleh tambah air atau santan ye tapi bagi saya dah cukup semuanya.

4. Cara hidangkan, letak bubur merah dulu kemudian letak sedikit je bubur putih di tengah-tengah bubur merah.

Guna Gula Melaka Asli Macam Ni Baru Rasa Manis Lebih Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Bubur Merah Putih Lemak Manis Masin

Resipi Oleh: Nor Al Fatihah Tihah