Resipi Biskut Red Pearl Senang Nak Buat
Biskut RED PEARL ni terlajak senang nak buat dan sedap ya amat. Ada corn flakes, chocolate chips dan almond strips lagi. Tak payah gelek, tekap atau cetak, cukup guna sudu je. Sesiapa yang baru berjinak-jinak mengukis in shaa Allah menjadi. Untuk mommies yang sibuk tapi teringin nak buat biskut raya memang sesuai sangat sebab cepat siap, ajak anak buat sekali. Jom!.
Bahan-Bahan: Anggaran 30 pcs
- 150 grm butter (suhu bilik)
- 75 grm gula castor
- 150 grm tepung gandum
- 50 grm corn flakes
- 50 grm chocolate chips
- 25 grm almond strips @ nibs (almond strips sangai sekejap)
- 1 sdt esen vanila
- ceri merah dihiris memanjang atau dadu
Cara Membuat:
1. Satukan butter dan gula castor. Gaul dengan senduk kayu je hingga sebati dan rata. JANGAN pukul hingga kembang nanti biskut jadi kembang dan leper lepas dibakar.
2. Masukkan tepung gandum, gaul sebati. Masukkan corn flakes, chocolate chips, almond strips atau nibs dan esen vanila. Gaul semua hingga sebati dan rata.
3. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Letak hirisan ceri merah di atasnya. Bakar dengan suhu 170C selama 20-25 minit, bergantung oven masing-masing.
4. Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. Mudah kan? Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.
Boleh Cuba Belgium Chocolate Cookies Ni, Rangup dan Penuh Rasa Coklat >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Eka Zahra


