Resipi Beef Lasagna Favourite Anak-Anak Di Rumah

Resipi Beef Lasagna Favourite Anak-Anak Di Rumah

Beef lasagna ni memang favourite anak-anak. Cara nak buat pun mudah tak banyak karenah, sekejap saja dah siap. Sos putih dan sos merah campur sekali la senang, nak cepat siap. Kita buat dia.

Bahan-Bahan:

  • 2 kotak lasagna (rendam air panas 30 minit)
  • 1 biji bawang Holland – dadukan
  • 5 ulas bawang putih – cincang
  • 1 pack daging hancur
  • 1 tin sos spaghetti Bolognese
  • 4 biji tomato – blend
  • 1 tin cendawan butang
  • 5 keping cheese slices
  • 1 kotak kecik whipping cream/fresh milk
  • 2 sb tepung jagung (bancuh untuk pekatkan kuah)
  • Air – jika perlu
  • Garam sikit
  • Mix herb
  • Butter sikit untuk tumis
  • Mozzarella – untuk topping

Cara Membuat:

1. Cairkan butter, masuk bawang besar, bawang putih. Dah layu masuk daging cincang, masak sampai helok. Masuk sos spaghetti, tomato, cendawan, whipping cream, cheese slices, nak letak air sikit boleh.

2. Dah blup-blup, letak bancuhan air tepung jagung. Garam dan mix herbs. Nak letak perasa apa terpulang. Dah siap boleh la melapis. Bawah sekali letak dulu lasagna, pastu inti, lasagna, sampai habis, atas sekali inti, pastu tabur mozzarella dan mix herbs.

3. Bakar dengan suhu 180c, api bawah selama 30 minit + 5 minit api atas bawah. Ikutlah kesesuaian oven masing-masing na. Siap! Dah buat sedekah jiran sikit. Banyak ni 2 kotak lasagna. Kalau nak buat sikit, kurangkan resepi. Semoga bermanfaat.

Guna Herba Campuran Macam Ni Untuk Rasa Mayonis Lebih Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Beef Lasagna Favourite Anak-Anak Di Rumah

Resipi Oleh: Nazz Mernas