Choc Chip Cookies Resipi Niaga Lebih 20 Tahun
Resipi ulang tayang, dah pernah share resipi ni beberapa tahun lepas dan ramai juga yang dah cuba dan beri feedback positif. Dah lebih 20 tahun akak setia menggunakan resipi Choc Chips Cookies ni, antara best seller zaman ambil order dulu. Resipi asalnya akak dapat dari majalah bahasa Inggeris masa belajar di luar negeri dulu tapi akak dah olah dari soft and chewy cookies kepada biskut yang rapuh. Kalau balik kampungpun ni antara cookies yang sering dicari oleh saudara mara. Resipinya di bawah ni yer kawan-kawan, jika ada yang ingin mencuba.
Bahan-Bahan:
- 1/2 cawan (125g) butter
- 3/4 cawan gula perang
- 1 biji telur gred A
- 2 sudu teh vanilla
- 3/4 cawan choc chips – boleh letak lebih
- 1/2 cawan kekacang yand dipanggang (saya guna badam cincang) – nak letak lebih pun boleh
Bahan Yang Diayak Bersama:
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 sudu teh baking soda (soda bicarbonate/bicarbonate of soda)
- 1/2 sudu teh baking powder
Cara Membuatnya:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan vanilla dan pukul lagi hingga kembang dan gula larut. Masukkan tepung dan kaup balikkan hingga rata. Jangan terlebih gaul yer.
2. Seterusnya, masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul lagi. Sudukan sedikit adunan sebanyak 1/2 sudu teh atau lebih (ikut saiz dikehendaki) atas dulang yang bergris.
3. Bakar pada suhu 170-180c darjah selama 12-18 minit mengikut oven masing-masing serta mengikut saiz biskut. Selamat mencuba!.
Peminat Cookies Boleh Cuba Crumbs Classic Chocolate Chip Cookies Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi


