Resipi Ayam Masak Merah Tanpa Sos Cili
Siapa yang tak suka ayam masak merah kan? Semua orang suka tapi kalau letak sos cili selalunya masakan akan cepat basi dan tak tahan lama. Kali ni masak ayam masak merah tanpa sos cili dan kuah mega melimpah, anti berebut.
Bahan-Bahan:
- Ayam seekor, potong 30 (kunyitkan dan goreng 3/4 masak)
- 3 sudu cili kisar
- 1 sudu bawang putih
- Daun pandan (1-2 helai)
- 1 tin besar tomato pure
- 2 sudu gula melaka (untuk efek warna merah gelap dan rasa memikat)
- 8 sudu besar gula
- Garam dan serbuk cukup rasa
- 1 tin kacang peas
- 1 biji bawang besar, dipotong bulat & cili merah/cili hijau belah untuk hiasan
Cara Memasak:
1. Tumis bahan kisar; Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis cili kisar, bawang putih dan daun pandan dengan api sederhana selama 5 minit. Masukkan bahan utama; Setelah tumisan naik minyak dan wangi, masukkan 1 tin besar tomato pure.
2. Tambah rasa; Masukkan 2 sudu gula melaka untuk efek warna merah gelap dan rasa yang manis, serta 8 sudu besar gula, garam dan serbuk cukup rasa. Kacau rata hingga semua bahan sebati dan naik minyak.
3. Masukkan kacang peas; Akhir sekali, masukkan 1 tin kacang peas, kacau sekejap dan biarkan sekejap sehingga semuanya meresap dengan kuah. Hiasan; Goreng bawang besar yang dipotong bulat untuk hiasan, taburkan di atas ayam masak merah sebelum disajikan.
Siap! Resepi ni cukup untuk 10 orang. Selamat mencuba dan nikmati hidangan dengan penuh rasa.
Cuba Sambal Minang Ni Juga, Sedap Dan Bertambah Selera >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: CC NoorisHaris


