Resipi Agar-Agar Bandung Susu Sejuk Di Tekak
Bulan Ramadhan ni sedap la kan buat pencuri mulut agar-agar bandung ni. Bila masuk je mulut terasa sampai ke tekak. Alahh kacang je nak buat agar-agar ni. Okeylah ni Ain tunjukkan cara cara membuatnya.
Bahan-Bahan Diperlukan:
- Agar-agar tali (1 paket 25g)
- Susu tin (1 tin)
- Gula pasir 100g (Kalau nak manis boleh tambah gula lagi)
- Pencelup Ros (atau sirap)
- Air 1 liter
Cara Menyediakannya:
1. Panaskan air dalam 1 liter dalam periuk. Masukkan agar-agar tali ke dalam periuk masak hingga larut sampai agar-agar tak bertali.
2. Masukkan gula dan 1 tin susu cair, kacau hingga sebati. Biarkan mendidih seketika. Bila dah mendidih asingkan kepada dua bahagian di dalam loyang.
3. Satu bahagian lagi masukkan sedikit pencelup sirap dan kacau sebati. Tunggu hingga susu keras sikit dan baru tuangkan agar-agar di atas agar-agar susu. Dah siap boleh la di simpan di dalam peti sejuk.
Ha… Senangkan nak buat kacang jer. Siap dah hidangan pencuci mulut untuk berbuka puasa nanti. Bila makan memang terasa sampai ke tekak la. Okey lah korang yang nak share tu Ain izinkan. Jangan lupa like, share dan tag kawan kawan na.
InshaAllah minggu depan Ain akan syer resepi resepi yang ringkas dan mudah untuk dibuat okey. Selamat mencuba korang.
Boleh Guna Loyang 8 Inci Macam Ni Baru Agar-Agar Senang Untuk Dipotong >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Ain Yusof


