Resepi Thai Spicy and Sweet Sour Chicken
Bahan-Bahan:
1/2 cawan mnyak masak (untuk menumis)
1/2 ekor ayam (gaul garam, kunyit dan goreng, jangan garing-garing)
1 1/2 biji bawang holland (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
Sedikit halia (tumbuk)
10 biji cili padi hijau (tumbuk)
2 btg serai (diketuk)
Sebiji tomato (belah 6)
1 biji bawang merah hiris cincin
4 helai daun limau purut (sebahagian dihiris nipis)
2 sudu besar sos cili thai LIFE
Garam
Gula
Perasa sesedap rasa Maggi
1/2 cawan air untuk kuah
Sedikit daun ketumbar
Cili merah dan hijau (potong serong)
Caranya:
1. Tumis bahan-bahan tumbuk dengan setengah cawan minyak masak, masukkan garam, gula dan perasa sesedap rasa. Tumis hingga pecah mnyak.
2. Masukkan hirisan tomato, sos cili dan hirisan dan helaian daun limau purut. Kemudian, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dengan setengah cawan air. Kacau sebati.
3. Masukkan bawang merah yang dihiris dan cili besar potong serong. Sebatikan lagi dan tabur daun ketumbar. Siap untuk dihidang.
Resepi Oleh: Nurliyana Abdul Aziz