Nasi

Resepi Turun Temurun Nasi Ulam

resepi-turun-temurun-nasi-ulam

Resepi Turun Temurun Nasi Ulam

Resepi Turun temurun dari Arwah ibu saya Hjh Rahmah Bt Puteh (Mak Mah).

Bahan-Bahan:

  • Nasi putih
  • Ikan talang masin
  • Kerisik (Buat sendiri sangai kelapa parut sampai garing dan kisar halus)
  • Bunga kantan (hiris halus)
  • Ikan kembung (bakar di ambil isinya)
  • Lada hitam
  • Bawang merah kecik (hiris halus)
  • Serai (hiris halus)
  • Lengkuas (racik halus)
  • Halia ( racik halus )
  • Ulam-ulaman (daun selom, daun kunyit, ulam raja, tenggek burung, daun kesom, pucuk mengkudu, bunga kantan, daun kaduk, pucuk gajus, daun limau purut, daun pegaga dan macam-macam lagi daun ulam-ulaman lain yang boleh didapati)

Cara Penyediaan:

1. Cuci daun-daun ulam, keringkan dan potong sehalus mungkin.

2. Bakar ikan talang masin tadi dan hancurkan.

3. Potong halus-halus bawang, bunga kantan, lengkuas, halia dan serai.

4. Tumbuk halus lada hitam bersama ikan kembung yang dah dibakar (ambil isinya)

5. Kemudian, semua ulam-ulaman daun-daun digaul dahulu dengan ikan talang masin, dan sedikit garam halus.

6. Selepas sebati, baru digaul dengan nasi putih. Siap.

7. Selamat mencuba, saya halalkan resepi yang diajar dari arwah ibu saya. Ilmu yang manfaat untuk dipanjang2kan dibulan keberkatan ini semoga sama-sama kita semua dapat merasa.

Resepi Turun Temurun Nasi Ulam

Resepi Oleh: Eyyta Omar