Resepi Puding Lapis Santan Pelangi
Bahan A:
- 10g agar-agar tali (rendam 1 jam)
- 3 1/2 cawan air
- 1/2 cawan gula
- Sedikit gula batu
Cara-Cara:
1. Seperti biasa masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Masukkan gula dan gula batu, kacau-kacau untuk larutkan gula. Tutup api.
Bahan B:
- 10g agar-agar tali
- 2 cawan air
- 1 1/2 cawan santan pekat (akak guna santan kotak 200ml, 2 kotak, yang satu kotak tu guna separuh/setengah)
- 1/2 cawan gula
- 1 helai daun pandan (simpul)
- Secubit garam
- Pewarna ikut suka
Cara-Cara:
1. Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Masukkan gula kemudian kacau hingga rata.
2. Tuang santan (api sederhana) daun pandan dan garam. Sentiasa kacau, bila dah panas santannya, tutup api.
3. Basahkan loyang atau bekas kuih. Nak tebal lapis dia, tuang 1 cawan adunan bahan B (warnakan). Kalau nak nipis tuang 1/2 cawan, biarkan sederhana beku.
4. Lapisan yang kedua, tuang adunan bahan A perlahan-lahan atas lapis yang pertama. Untuk lapisan yang seterusnya buat cara yang sama sehingga selesai.
5. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam. Selepas tu boleh potong ikut suka, sedia untuk dihidang.

Resepi Oleh: Zura Zul