
Resepi Talam Lapis Kacang Merah
Bahan A:
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad
3/4 cawan gula
3 1/2 cawan santan
1 s/k garam
Cara-Cara:
1. Bancuh semua bahan ini dan tapiskan.
2. Bahagikan sama banyak dan masukkan dalam 2 mangkuk, mangkuk 1 dan 2.
Bahan B:
1/2 cawan kacang merah rebus – yang dah rebus dan lecek sikit pewarna merah1/4 cawan air
Cara-Cara:
1. Masukkan bahan B dalam mangkuk 1. Gaulkan rata dan ketepikan.
Bahan C:
1/4 cawan air1 sudu besar tepung jagung
Cara-Cara:
1. Masukkan bahan C dalam mangkuk 2. Gaulkan rata dan ketepikan.
Cara Melapis:
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang saiz bulat 8 inci atau 8×8 inci .
2. Masukkan 1 cawan lapisan merah dan kukuskan selama 5 minit.
3. Masukkan pula 1 cawan lapisan asal (warna asal) dan kukuskan 5 minit.
4. Buat sehingga lapisan habis dan setiap kali nak tutup semula tudung kukusan hendaklah dilapkan kering supaya air tidak menitik atau balut dengan kain penutup kukus.
5. Untuk lapisan akhir sekali, kukus selama 15 minit.
6. Bila telah masak sejukkan dan potongkan dengan pisau plastik supaya kelihatan cantik.
Resepi Oleh: Nor Washidah Abdul Rahim