Menu special untuk tengahari ini adalah Hock Kean Mee Udang yang diadaptasikan dari resepi Chef Hassanhen Abdullah. Terbaik! Rasanya tak sama macam mee udang yang biasa saya makan. Saya bagi 10 bintang untuk resepi sedap ni!.
Resepi Hock Kean Mee Udang
Bahan-Bahan:
Udang ;
1- Dikopek – simpan kulitnya
2- Dibiarkan berkulit
Mee kuning – celur
Dada/tulang ayam
8-10 ulas bawang putih (dadu)
Bawang merah – kisar
Cili kisar
Sengkuang
Kangkung – celur
2 sudu garam (agak2)
2 sudu besar gula batu (agak2)
2 sudu besar Perencah Hilal (agak2)
Daun bawang
Minyak
Cara Buat:
1. Sambal; tumis bawang merah di dalam kuali sehingga naik bau. Masukkan cili kering. Kacau sehingga pecah minyak. Ketepikan.
2. Di dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih yang didadu. Kacau hingga naik bau.
3. Ambil lebih kurang 1 1/2 senduk sambal yang di digoreng. Kacau sebati.
4. Masukkan kulit udang di dalam sambal yang digoreng. Kacau dan goreng kulit udang tersebut sehingga kering dan terbit minyak udang.
5. Masukkan air dan biarkan mendidih. Lagi lama lagi sedap.
6. Letakkan sengkuang, tulang atau isi ayam. Biarkan merenih selama lebih kurang 1/2 jam. Hasilnya kuah akan memekat.
7. Tapis bahan-bahan di dalam sup keluar dan didihkan supnya. Ketepikan seketika.
8. Di dalam kuali lain, masukkan minyak dan sedikit sambal cili yang digoreng sebelum ini untuk menggoreng udang (tanpa kulit). Goreng sekejap sahaja supaya udang tidak keras (untuk hiasan).
9. Di dalam kuah yang mendidih (langkah 7), masukkan udang (yang tidak dibuang kulitnya). Sekejap sahaja dan angkat terus udang tersebut. Asingkan di dalam mangkuk lain utk hiasan.
10. Masukkan bahan-bahan perasa seperti garam, gula batu dan perencah hilal. Hidangkan kuah bersama dengan mee.
Sumber : Chef Hassanhen Abdullah
Dicuba : Rozie Abdullah