Daging, Sup

Resepi Sup Daging Berempah

resepi-sup-daging-berempah

Resepi Sup Daging Berempah

Bahan-Bahan:

1kg daging | dihiris
1 bungkus perencah serbuk sup Adabi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 biji lobak merah | dihiris
2 biji ubi kentang | dipotong dadu
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar:

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia

Bahan Hiasan:

1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
1 sudu makan bawang goreng

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar dan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga empuk.

3. Seterusnya masukkan perencah serbuk sup Adabi, lobak merah dan ubi kentang. Kacau rata dan didihkan.

4. Seterusnya perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Biarkan seketika.

5. Akhir sekali, taburkan dengan bahan hiasan. Sedia untuk dihidangkan. Enak dimakan bersama roti benggali.

Tip:

Untuk rasa sup yang lebih sedap rebus dahulu daging bersama lengkuas, halia dan serai ke dalam periuk tekanan tinggi selama 15 minit. Gunakan air rebusan tadi untuk masak sup.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Daging Utara Dengan Air Asam

sup-daging-berempah