
Resepi Spaghetti Bolognese
Bahan-Bahan:
1 peket Spaghetti
1 paket daging cincang
1 labu bawang besar -potong dadu
1 biji tomato segar -potong dadu
1/2 batang lobak merah -potong dadu ( optional )
1/2 batang celery dicincang kasar (optional)
1 tin tomato puri @ boleh guna sos spaghetti kimbal
Oregano flakes ( letak setengah sudu kecil dulu, kalau tak rasa tambah sikit lagi mengikut selera anda)
2 sudu besar sos cili ( boleh tambah bagi mengimbangi rasa masam, manis dan sedikit pedas)
garam secukup rasa
Air secukupnya
1 sudu kecil tepung gandum ( dibancuh dengan sedikit air )
Sedikit black pepper
Sedikit Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
1. Masukkan spageti ke dalam periuk dan masak sehingga lembut. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, masukkan bawang besar yang di potong dadu. Tumis hingga naik bau dan sedikit layu.
3. Kemudian, masukkan daging cincang dan tumis hingga daging bertukar warna dan agak masak. Masukkan sedikit air bagi mengelakkan daging melekat pada periuk.
4. Kemudian masukkan tomato puri, tomato segar, carrot, celery ke dalam daging tadi. Tambahkan air.
5. Masukkan sos cili dan masak sehingga kuah mendidih. Setelah mendidih, masukkan garam, oregano dan black pepper.
6. Kacau sebati dan masukkan bancuhan tepung tadi. Didihkan sekejap dan tutup api.
7. Tuangkan kuah yang telah siap di atas spaghetti. Hidangkan.