Kuih Muih

Resepi Samosa Kentang

resepi-samosa-kentang

Resepi Samosa Kentang

Bahan-Bahan:

Kulit popia secukupnya.
Sedikit air utk melekatkan kulit popia/guna putih telur pun boleh.

Bahan Inti –

4 biji kentang potong dadu
ayam kisar
*1/2 biji bawang besar kuning potong dadu
*2 ulas bawang putih cincang halus
2 sudu besar serbuk kari – bancuh dengan 2sb air
Daun sup – hiris halus
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis & mengoreng

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda*. Masukkan pes kari, dan sedikit air. Biarkan sehingga terbit minyak.

2. Masukkan ayam dan gaul rata . Biarkan seketika kemudian masukkan kentang dan biarkan hingga empuk.

3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir skali masukkan daun sup. Matikan api. Sejukkan.

4. Untuk membuat kelongsong samosa, kulit popia potong kepada 2 bahagian dan sambungkan/gunakan air sbgai bahan pelekat kepada 2 bahagian tadi secara memanjang.

5. Masukkan inti dan lipat seperti biasa (bentuk segitiga). Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Pau Gebu

Resepi Samosa Kentang