Resepi Sambal Kicap ala Johor Pekat dan Sedap
Siapkan stok sambal kicap. Wajib buat bila habis. Boleh makan dengan makanan bergoreng, tauhu bergedil, soto, sup atau ikan atau ayam bakar. Maklumlah sis orang Johor celup. Jangan kecam kuali lejen sis. Setiap rumah wajib ada kuali lejen hitam-hitam macam ni kan? Kuali untuk buat kuih topi.
Bahan-Bahan:
- Cili api hijau 30 biji
- Cili api merah 15 biji
- Cili merah besar 5 biji
- Bawang putih 5 ulas
- Kicap manis setengah botol
- Kicap cair sikit
- Kicap pekat sikit nak bagi lebih hitam
- Cuka/jus limau nipis
- Bawang goreng sikit dalam segengam
Cara Membuat:
1. Blend semua bahan sampai hancur. Tambah garam, gula kalau kurang rasa. Cara sis, lepas blend semua bahan tu.
2. Sis masak atas dapur bagi mendidih untuk lebih tahan lama dan kurang bau “maung” bawang dan cili. So, boleh simpan berbulan-bulan dalam chiller.
3. Bila dah sejuk boleh la buat stok menyicah.
Boleh Cuba Juga Sambal Hijau Minang Ni, Bertambah Selera >> LIHAT DI SINI

Resepi Oleh: Tuan Adriana Arissa


