
Resepi Nasi Ayam Claypot Shitake
Nama dia pun sedap didengar apatah lagi hasilnya. Kalau makan di foodcourt lebih rasa kicap dan manis je. Ini resepi Puan Adnilsam Apat kalau anda nak buat.
Resepi Untuk 2 Orang Makan
1 pot beras Jasmine Siam Wangi – Cuci bersih & rendam 30 minit (untuk nasi claypot yang sangat sedap memang disarankan guna beras Jasmine siam wangi ye)
1 pot air rebusan ayam (guna pot sukatan beras) kalau takde air rebusan ayam boleh gunakan kiub pati ayam yang dibancuh dengan air panas ye.
Sedikit minyak bijan
Bekas – Periuk tanah/claypot
Bahan untuk Ayam:
2 keping dada ayam – potong kiub
1/2 inci halia – tumbuk halus/ mayang nipis
2 ulas bawang putih – tumbuk halus/ mayang nipis
1 sb sos tiram
1/4 sudu kecil chinese 5 spice
2,sb minyak bijan
1 sb kicap pekat
1 sb kicap cair
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil gula perang
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit air rebusan ayam
Sedikit minyak masak
Bahan untuk Cendawan Shitake:
7 kuntum cendawan shitake kering – basuh bersih & rebus hingga lembut – potong kecil (kalau nak guna cendawan shitake fresh pun boleh ye)
2 tangkai daun bawang – potong kecil
3 tangkai cili kering – cuci & potong-potong
1 sb lobak asin – rebus dulu, kemudian cincang halus – optional
Sedikit minyak bijan
Bahan lain untuk menghidang:
Daun bawang
Bawang goreng
Cara Membuat:
1. Gaulkan ayam dengan semua bahan-bahan untuk ayam dan ketepikan selama 30 minit.
2. Seterusnya, sementara ayam diperap kita sediakan menu cendawan terlebih dahulu. Sediakan kuali kecil panaskan sedikit minyak bijan, kemudian tumis daun bawang & cili kering hingga naik bau. Kemudian, masukkan lobak asin diikuti cendawan shitake. Kacau hingga sebati ye, perasakan dengan sedikit gula & garam. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian, masukkan air rebusan ayam ke dalam mangkuk tanah, tutup mangkuk dan jerang di atas api sehingga mendidih. Bila mendidih, masukkan beras, kecilkan api hingga betul-betul kecil. Tutup claypot dengan penutupnya, biarkan hingga nasi 80% masak.
4. Sementara nasi masak, tumiskan ayam dan bahan-bahan perap. Masukkan air rebusan ayam, biarkan hingga ia agak pekat dan ayam masak. Rasa ye jangan lupa.
5. Bila nasi dah 80% masak, gemburkan sedikit dengan garfu. Lepas tu, masukkan ayam dan cendawan yang kita dah masak tadi ke dalam mangkuk. Tabur sedikit daun bawang, tutup semula mangkuk dan masak dengan api yang kecil sehingga nasi masak 100% dan daging ayam empuk. Padamkan api.
6. Taburkan lagi sedikit bawang goreng ke atas nasi dan biarkan selama 10 minit lagi. Kemudian, baru digemburkan sedikit nasi supaya tidak berketul.
7. Taburkan sedikit lagi hirisan daun bawang dan kemudian hidang panas-panas. Kalau nak pedas dan lebih perisa boleh sediakan kicap cair maggi + cili padi potong.
Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Cik CA yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau, Cik CA.