
Resepi Brownies Kukus Lembut
Bahan-Bahan:
200 gram butter atau margarine (3/4 cawan + 1 sudu besar penuh)
200 gram dark cooking chocolate (3/4 cawan dark cooking choc yang disagat atau dihiris halus)
170 gram tepung gandum (1 1/2 cawan) diayak
30 gram serbuk koko (1/4 cawan) diayak
170 gram gula pasir halus (1/2 cawan + 1 sudu besar rata)
4 bj telur
Cara Membuat:
1. Cairkan choc & butter secara double boil. Mixer atau pukul dengan whisk gula dan telur hingga kembang, jangan lama sangat.
2. Masukkan tepung gandum dan serbuk koko, sebatikan guna whisk atau spatula.
3. Masukkan choc yang sudah dicairkan tadi dan gaul sebati. Tuang dalam loyang yang sudah digriskan (akak guna loyang 15×15 cm).
4. Tutup loyang dengan aluminium foil atau balut penutup kukusan dengan kain supaya air tak menitis.
5. Kukus hingga masak, test dengan cucuk lidi kalau keluar bersih maknanya dah masak.
6. Sejukkan sebelum dihias dengan toppings ikut suka (akak guna choc ganache dan coklat yang disagat).
Chocolate Ganache Topping
Bahan dan Cara Buat:
150 gram cooking chocolate
60 ml whipping cream
1 sudu makan butter atau margarine
Satukan semua bahan dan masak secara double boil. Curahkan atas brownies.
Resepi Oleh: Eka Zahra