Pastry, Snek

Resepi Puff Sardin

resepi-puff-sardin

Resepi Puff Sardin

Bahan-Bahan:

Puff pastry secukupnya
Inti sardin
Sapuan – Sedikit susu segar dan 1 biji telur-pukul

Bahan Inti Sardin:

1 tin sardin – buang kuah tomato dan keluarkan isinya saja
2 ulas bawang putih – dikisar
1/2 bawang besar – dikisar
1/2 inci halia – dikisar
1 bawang besar -didadu
1/2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sb gula
1/2 sb garam halus
1 sb perahan lemon

Cara Membuat:

A) Inti Sardin:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan kisar dan goreng hingga sedikit garing. Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik bau.

2. Masukkan bawang yang dipotong dadu dan ikan sardin. Kacau rata sambil hancurkan ikan sardin.

3. Masukkan sos tomato, sos cili, garam, gula dan perahan lemon.

4. Kacau rata sehingga inti agak kering. Akhir sekali masukkan daun bawang, kacau rata dan tutup api.

B) Puff Sardin:

1. Defrostkan sekejap instant puff lebih kurang 15 minit.

2. Ambil satu bahagian dan kelar 3-4 line di sebelah kanan bahagian segitiga.

3. Letak inti sardin di tengah-tengah kulit puff. Tutup puff dengan melipat puff berbentuk segitiga kemudian tekan perlahan-lahan dengan garfu di keliling puff.

4. Ulang langkah 2 dan 3 sehingga habis.

5. Sapu bancuhan susu dan juga telur di atas kulit puff.

6. Bakar lebih kurang 10-15 minit suhu 180C. Angkat dan hidangkan.

puff-sardin