Manisan

Resepi Dessert Yang Cair Di Mulut, Mango Float

resepi-mango-float

Ini Mango Float siang tadi buat, jadi la dessert untuk malam ni. Nak puasa ni selera macam-macam. Siapa yang suka masam-masam lemak manis, cair di mulut, sejuk diperut, ke nak tambah lemak boleh la buat, sedap jugak untuk menu berbuka puasa. Nah resepinya.

Resepi Mango Float

Bahan-Bahan:

1 cawan whipping cream
1/2 tin susu pekat manis (nak manis letak lebih)
200 gm cream cheese
1/2 peket biskut cream cracker
4 biji mangga (dihiris memanjang)
2 keping biskut cream cracker (hancurkan)
Loyang segi 4 tepat atau bekas yang bersesuainya
Aluminium foil
Susu segar (untuk rendam biskut bagi lembut)

Cara Membuat:

Putar Whipping cream hingga pekat, masukkan cream cheese dan susu pekat manis dan putar lagi. Sementara itu balutkan loyang dengan aluminium foil. Apabila bahan yang di putar menjadi kembang dan sebati terus dengan aktiviti berikut:

1. Rendam biskut didalam susu segar kemudian masukkan kepingan biskut didalam loyang.

2. Masukkan adunan cream cheese dan ratakan.

3. Kemudian aturkan hirisan mangga diatasnya. Ulang langkah 1-3 hingga habis.

4. Untuk lapisan atas, selepas cream cheese diratakan, tabur biskut cream cracker yang telah dihancurkan.

5. Baki hirisan mangga dihiris dadu dan ditaburkan diatas bahan tadi.

6. Masukkan ke dalam freezer dalam 3 jam sekurang-kurangnya, dan selepas itu mango float boleh dimakan.

P/s: Mango float ni mudah cair ya, tak boleh terbiar dalam didalam suhu bilik. Macam ais krim.

Resepi Oleh: Putri Bungsu