Puding

Resepi Puding Kek Cendol Gula Melaka dan Cincau

resepi-puding-kek-cendol-gula-melaka-dan-cincau

Resepi Puding Kek Cendol Gula Melaka dan Cincau

Bahan-Bahan: Acuan 10 x 10 X 3

1 keping kek span pandan

Bahan A –

500 ml santan pekat (200ml santan kara+300 air)
500 ml susu cair
10 gm serbuk agar-agar
150 gm gula merah/gula melaka
1 ½ tsp serbuk hoen kwee (putih)
1 biji kuning telur
Secubit garam

Bahan B –

600 ml santan pekat + 400 ml air*
10 gm serbuk agar2*
150 gm gula castor*
1 ½ tsp serbuk hoen kwee (putih)*
100 gm cincau (potong kiub)
200 gm cendol – yang telah di toskan airnya
Pewarna green apple dan lemon yellow

Cara Membuat:

1. Masak semua sekali bahan A hingga mendidih dan sentiasa di kacau. Biarkan suam sikit, kemudian tuang atas kek. Ketepikan sebentar.

2. Masak hingga mendidih semua bahan B yang bertanda (*).

3. Bahagikan adunan kepada 2 bekas. 1 diwarnakan lemon yellow, 1 lagi green apple. Ketepikan.

4. Taburkan cendol di atas lapisan bahan A. Kemudian lapiskan dengan adunan lemon yellow. Sejukan biar sedikit keras.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mudah Puding Sumi Santan Berlapis

5. Bila dah agak keras, tabur cincau dan lapis dengan adunan hijau. Hias dengan cincau di atasnya. Sejukkan.

Tip: Untuk setiap lapisan puding, hendaklah dicucukkan sedikit dengan garpu supaya lapisan yang lain melekat.

Puding Kek Cendol Gula Melaka dan Cincau