
Resepi Puding Cheese Mangga
Bahan-Bahan:
20gm agar agar tali – cuci dulu
5 cawan air
1 cawan gula
2 biji mangga (besar sikit)
1 keping slice cheddar cheese
12 keping biskut creakers (hancurkan) – boleh juga guna biskut marie
2 1/2 cawan susu segar
2 sudu besar tepung kastard – bancuh dengan sedikit air
Secubit garam
Sedikit pewarna oren
Cara Membuat:
1. Hancurkan biskut creakers, letak dalam loyang 8 inci, ketepikan.
2. Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Kemudian masukkan gula, kacau-kacau rata. Perlahankan api.
3. Ambil 1 1/4 cawan adunan agar2 tu, tuang dalam loyang biskut tadi. Kacau bagi biskut dan agar-agar sebati. Tekan-tekan bagi sama, biarkan sederhana beku.
4. Lebihan adunan agar2 tadi, masukkan susu segar, cheese, tepung kastard, dan secubit garam. Kacau sebati, perlahankan api.
5. Ambil dalam 3 3/4 cawan adunan agar-agar, tuang perlahan-lahan atas biskut tadi. Biarkan sederhana beku.
6. 1 biji mangga, potong-potong, blend dengan lebihan agar-agar dalam periuk hingga hancur. Tuang semula dalam periuk, tuang sedikit pewarna oren, masak sebentar. Kemudian tuang atas agar-agar tadi perlahan-lahan. Tinggalkan sedikit agar-agar ni lebih kurang 1/2 cawan lebih sikit, biarkan sederhana beku.
7. 1 biji mangga lagi, potong dadu kecil-kecil tabur atas agar-agar tadi perlahan-lahan. Kemudian lebihan agar-agar tu tuang atas mangga, biarkan beku sepenuhnya. Simpan dalan peti sejuk 3 jam.
8. Boleh keluarkan puding dari loyang (terbalikkan perlahan-lahan, sambil tapak tangan menahan untuk keluarkan perlahan-lahan puding tu). Potong ikut suka, boleh makan.
Resepi Oleh: Zura Zul