
Resepi Agar-Agar Kastard
Bahan-Bahan:
1 Paket agar agar tali (rendam sebelum di rebus)
Air ikut sukatan di plastik agar agar dan di kurang kan 200 ml
2 cawan gula – 1/2 cawan gula atau manis secukupnya
1 tin susu cair – 1/2 tin susu cair
1 cawan tepung kastard – 1/2 cawan
1 sudu besar serbuk koko di bancuh dengan 1 sudu besar air suam
Cara Membuat:
1. Rebus agar-agar hingga hancur. Masukkan gula dan susu cair dan masak sehingga gula hancur.
2. Masukkan secawan tepung kastard dan kacau. Kemudian kacau hingga pekat dan masak.
3. Asingkan semangkuk agar-agar dan di gaul dengan serbuk koko. Tuang agar agar kastard tadi ke dalam loyang. Guna penapis.
4. Tuang agar agar koko tadi ke dalam loyang. Coretkan dengan lidi. Sejukkan kemudian hidangkan.