
Resepi Popia Sos Sira Pedas
Bahan-Bahan:
Kulit popia (1 sudu besar tepung gandum – bancuh 3 sudu besar air)
Bahan Inti –
200gm udang – hiris kecil
1 biji bawang besar – hiris halus
3 ulas bawang putih – tumbuk hancur
Sebatang carrot – sagat halus
Sedikit kubis – sagat halus
Sedikit taugeh – nak ganti sengkuang pun boleh
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak – untuk menumis
Bahan Sos –
2 sudu besar cili mesin
1 ulas bawang putih – tumbuk hancur
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
3 sudu besar minyak
Garam secukup rasa
Bijan jika suka
Cara Membuat:
Popia –
1. Panaskan minyak tumis bawang besar,bawang putih dengan udang sampai naik bau. Kemudian masukkan carrot, taugeh, kobis dan sos tiram.
2. Bila sayur dah lembut sedikit, tutup api dan tapiskan supaya minyak + kuahnya turun. Biarkan sejuk seketika.
3. Bentangkan kulit popia, letakkan inti di tengah, gulung hingga ke hujung dan lipatkan seperti membuat kuih ketayap.
4. Bubuh gam di bahagian hujung dan lekatkan. Goreng dalam minyak yang banyak dan sederhana panas.
Sos Sira –
1. Tumis semua bahan-bahan cili hingga pekat.
2. Bila dah agak kering, masukkan popia yang dah digoreng tadi. Gaul rata.
3. Angkat dan boleh la dihiaskan dengan bijan atau kacang jika suka. Hidangkan.