Kuih Muih

Resepi Popia Inti Sardin

resepi-popia-inti-sardin

Resepi Popia Inti Sardin

Bahan-Bahan:

1 tin kecil sardin (dihancurkan bersama sos)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 biji limau kasturi @limau nipis
Cili padi (dihiris kecil)
Sedikit sos cili (jika suka)
Garam secukup rasa
Kulit popia

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak, masukkan bawang dan juga cili padi. Tumis hingga bawang layu.

2. Masukkan ubi kentang dan ikan yang telah dihancurkan. Masukkan juga sedikit air dan perahan limau.

3. Masak sehingga ubi empuk dan airnya kering. Tutup api dan campurkan sedikit sos cili.

4. Kacau hingga sebati dan biarkan ianya agak sejuk.

5. Letakkan inti sardin di atas kulit popia dan gulungkan dengan kemas.

6. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Sedia untuk dinikmati.

popia-sardin