
Resepi Pizza Tanpa Oven
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sb yis
1 sb minyak masak
1 sb gula
1 sk gararm
1/2 cawan air suam
Bahan Topping –
Sosej, sardin, ikut selera anda
1 biji bawang besar (hiris bulat-bulat)
1 ulas bawang putih (cincang halus)
Sos tomato (kalau nak pedas letak sos cili)
Cheese
Cara Membuat:
1. Bancuh yis dengan air suam bersama minyak masak dan gula. Biarkan sampai berbuih.
2. Campurkan tepung dan garam dalam satu bekas. Kemudian, masukkan yis yang telah dibancuh tadi. Uli bahan hingga tidak melekat ditangan.
3. Tutup doh dan biarkan hingga kembang dalam masa 30 minit. Kemudian, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
4. Canai doh kemudian masukkan ke dalam pan yang telah di sapu mingak. Letak cheese di tepi doh kemudian gulung.
5. Cucuk doh menggunakan garpu kemudian sapukan sos. Letak inti sosej, bawang, dan cheese parut.
6. Tutup pan dan masak dengan api kecil selama 10-15 minit atau hingga masak. Siap, bolehlah di hidangkan.
P/S: Pastikan api kecik supaya tidak hangus. Nak bakar pun boleh, bakar pada suhu 180-200c guna api atas bawah 10-15 minit.
Resepi Oleh: Afriena Chamexs