Resepi Ayam Masak Hitam

Resepi Ayam Masak Hitam

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam,potong kecil
1 labu bawang besar,dicincang
10 ulas bawang merah,dihiris
3 sudu besar cili kisar
Kicap masin dan kicap manis

Cara Memasak:

1. Ayam dilumur kunyit dan garam dan digoreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Goreng bawang sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak. Kemudian dikisar dengan sedikit air.

3. Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis cili kisar sehingga wangi. Masukkan bawang yang dikisar tadi dan sedikit air. Masak sebentar atas api sederhana.

4. Masukkan ayam tadi dan juga kicap (banyak) sehingga kuah bertukar kepada warna hitam.

5. Goreng sebentar (5 minit), angkat dan terus dihidang.

resepi-ayam-masak-hitam