Resepi Panna Cotta Dengan Strawberry Compote ala Ikea

Resepi Panna Cotta Dengan Strawberry Compote ala Ikea

Korang pernah tak rasa panna cotta ikea? Sedap tak bagi tekak korang? Hari ni sis nak share resepi panna cotta. Ni versi takde jelly dekat atas tu tau macam baker baker lain buat. Ni versi strawberry compote je dekat atas. Insyallah sedap sangat.

Bahan-Bahan:

  • 15g Gelatin dicampur dengan 6tbsp cold water (guna mangkuk asing)
  • 375g Susu full cream
  • 375g dairy whipping cream
  • 110g gula
  • 1 tsp vanilla

Cara Membuat:

1. Masukkan susu full cream, gula dan dairy whipping cream ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana selama 5 minit. Masukkan esen vanilla dan gelatin yang telah direndam.

2. Masak sehingga periuk keluar asap sahaja. Tutup api. JANGAN masak sehingga mendidih. Tak jadi nanti texture gedik-gedik, nanti keras. Tuang ke dalam bekas pilihan. Sejukkan at least 4 jam sebelum letak topping pilihan.

3. Penting untuk guna vanilla yang betul-betul bagus. Kalau vanilla tu tak sedap, habis rosak semua. The key is in a good vanilla. Yang ni saya buat versi ikea tau.

Bahan Strawberry Compote:

  • 20 biji strawberry
  • 30g castor sugar
  • 1/4cup air masak
  • 1tsp tepung jagung dibancuh dgn 1tbsp air
  • Sedikit esen vanilla

Cara Membuat:

4. Potong strawberry kecik-kecik dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan air dan gula. Masak api perlahan sampai strawberry hancur.

5. Last sekali, masukkan air bancuhan tepung jagung dan vanilla. Siap!. Tuang ke atas panna cotta kita yang dah sejuk tadi. Sejukkan lagi 4 jam.

Panna cotta sedap dimakan sejuk-sejuk. Memang nikmat sangat. Make sure guna vanilla yang betul-betul berkualiti.

Guna Extract Vanilla Asli Ni Baru Rasa Lebih Sedap >> KLIK DI SINI

Resepi Panna Cotta Dengan Strawberry Compote ala Ikea

Resepi Oleh: Hidayah Yaya