
Makan malam pantas bertemakan Thailand malam ini: Pad Ka Prao, ulam dan sambal belacan. Proses menyediakan hanya mengambil 30 minit. Disertakan dengan tomyam sayur.
Pad Ka Prao, daging cincang dengan daun selasih dihidangkan biasanya dengan nasi beras jasmin, telur goreng goyang, ulam timun dan kacang panjang dengan sambal belacan.
Bahan-Bahan:
2 sudu besar minyak masak
500 gm daging/ayam cincang
2 bawang merah/ 1/2 bawang besar merah hiris nipis
7 ulas bawang putih hiris nipis
3 biji cili api siam (merah) hiris nipis, kalau kuat pedas, sila lebihkan
2 cili hijau, hiris nipis
1 cawan daun selasih (saya guna campuran jenis-jenis Asian basil yang ada di keliling rumah),
1/2 cawan stok ayam
Bahan sos (campurkan)
1 sudu teh gula
1 sudu besar sos Ikan (Nam Pla)
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar oyster sauce
Cara membuat:
1. Tumis bawang merah dan putih hingga kuning (2-3 minit) api sederhana. Masukkan cili api dan hijau, kacau rata.
2. Gunakan api panas (maksima) – masukkan daging cincang. Tumis hingga kering airnya. Teruskan menumis daging hingga airnya kering dan daging agak garing. Jangan kecilkan api.
3. Masukkan campuran sos. Gaul rata. Masukkan stok ayam. Kacau rata. Disebabkan api besar, stok akan kering dengan cepat. Jangan berhenti mengacau.
4. Masukkan daun selasih. Gaul sebentar sahaja. Matikan api, hidangkan panas-panas. Hidangkan dengan tomyam sayur sebagai pembasah tekak.
Resepi Oleh: Ida Alina Salleh