Manisan

Resepi Oreo Manggo Float

resepi-oreo-manggo-float

Resepi Oreo Manggo Float

Bahan-Bahan:

125g cream chesse
1/2 cawan yogurt
1/4 cawan susu pekat
1/2peket oreo (Pecah-pecahkan oreo jangan buang filling oreo)
1kotak jus mangga marigold
1 bijik Buah mangga
1 cawan Whipping cream non dairy
Pes mangga atau filling mangga

Cara Membuat:

Penyediaan Cream Float –

1. Dalam mixer, campurkan 125g cream cheese + 1/4 cawan susu pekat. Bila dah sebati masuk yogurt 1/2 cawan dan 3sb jus mangga mix smpai sebati lagi. Matikan mixer dan asing kan dalam bekas.

2. Dalam bekas lain, campurkan 1 cawan whipping sejuk dan mix sampai kental. Kemudian, Satukan adunan cheese dan whipping tadi. Kaup balik saja bagi rata. Masukkn 2sb filling mangga dan kacau lagi hingga rata.

Penyediaan Layer Manggo Float –

1. Sediakan bekas dan masukkan oreo yang dihancukan tadi. Untuk layer ke dua Letak pula cream float.

2. Letak filling mangga dan mangga dadu sedikit. Layerkan lagi dengan cream float baru tabur oreo lagi dan ulang smpai abis.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Bubur Som Som Pandan

3. Hiaskan dengan letak mangga dadu ceri. Sejukkn selama 2 jam di tempat beku dan barulah boleh dihidangkan.

Resepi Oleh: Azlina Ina