Nasi

Resepi Nasi Carrot Gebu Cara Mudah

resepi-nasi-carrot-gebu-cara-mudah

Resepi Nasi Carrot Gebu Cara Mudah

Nasi Carrot Gebu Anti Covid19. Main terjun jer semua. Tapi yang pastinya bau serai dan minyak sapi ni semerbak satu rumah. Wangi. Ihsan resipi dari biras kampung sebelah.

Bahan-Bahan:

  • 4 cup beras basmathi (rendam 30 minit, tambah garam sikit. Toskan)
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 biji bawang besar (hiris besar)
  • 4 biji bawang putih (hiris)
  • 4 sekawan
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 sudu besar minyak sapi.
  • 1 biji carrot (hiris dalam processor)

Caranya:

1. Tumis semua bahan hirisan, serai dan 4 sekawan dengan minyak sapi kecuali carrot. Tambah sedikit garam. Tumis jangan sampai garing atau hitam. Cukup hingga kekuningan.

2. Tuang semua bahan tumisan ke dalam rice cooker dan masukkan beras yang dah ditoskan air dengan sedikit garam secukup rasa.

3. Masukkan pula 5 cup air sebagai sukatan sama dengan 4 cup beras. Boleh tambah air tapi jangan lebih dari 5 1/2 cup.

4. Biarkan sehingga nasi hampir masak, masukkan carrot hancur tadi dan gaul perlahan dari tepi ke tengah (jangan kacau banyak kali supaya nasi tak hancur) dan biarkan nasi masak sepenuhnya.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Goreng Kerabu

5. Pastu siap untuk dihidang, nasi lembut gebu disukai ramai.

Resepi Nasi Carrot Gebu Cara Mudah

Resepi Oleh: Suzana Yaakub